dhbf.daisypath.com/TikiBlogger.php/eyga

Pages

Wednesday, May 22, 2013

Nota Tokoh-Tokoh dalam Islam Tingkatan 5

Assalamualaikum... Dah lama nya aku tak jenguk blog berhabuk ni. Wiwiwi. Last week Ustazah Suhaila suruh buat folio tokoh2 dlm Islam supaya ktrg ingat sbb bab tokoh ni ramai yang tak suka. Bnyak yang nak dihafal banyak yang kena ingat . Ni yang aku tulis and ringkaskan daripada buku. Hope boleh tolong siapa2 yang perlukan note pasal tokoh :)


TOKOH 1: IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA
^Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin ‘Abdillah bin Al-Hassan bin ‘Ali bin Sina  
^Dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur manakala Avicenna di Barat.
^Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah/980 Masihi di Afshanah Bukhara , Turkistan
^Bapanya ialah seorang Pengusaha Kharmaishan , Bukhara.
^Tahun 390 Hijrah/100 Masihi, selepas kematian bapanya Ibnu Sina berpindah ke Khawarizmi ,  
  Jurjan, Raid an Hamazan.
^Meninggal dunia di Hamazan pada tahun 428 Hijrah/1037 Masihi pada usia 58 tahun.
                                      KEPERIBADIAN IBNU SINA
 ^Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah    
   membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.
^Ibnu Sina seorang yang taat beragama.beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama  
   apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke   
   masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.
^Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika  
  berusia lapan belas tahun.
^Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya
  dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.
                                    PENDIDIKAN IBNU SINA
*Mula mempelajari Al-Quran semasa berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10      Tahun.
*Mempelajari ilmu Fiqah dan Tasawuf daripada Ismail al-Zahid , ilmu Hisab dan prinsip-prinsip  Geometri daripada Muhammad al-Masah, ilmu falsafah dari Abu Abdullah al-Natali , ilmu Sains dan ilmu Astronomi dari Al-Biruni.
*Ketika berusia 16 tahun beliau dapat menguasai Ilmu Perubatan. Kerana usaha beliau yang gigih beliau muncul sebagai Pakar Perubatan yang ulung.
                     
KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
*Kesarjanaan Ibnu Sina mendapat pengiktirafan dunia.
*Kepakaran beliau pernah digunakan untuk merawat Penguasa Bukhara(Nuh bin Mansur),Jurjan(al-Amir Syamsul Ma’ali Qabus bin Syamkir) , Hamazan(al-Amir Syamsul al-Daulah dan Asfahan(al-Amir A’la al Daulah.
*Karya : al-Qanun Fi Tiib , Adawiyah Qalbiyyah , dan Alfiyyah Tibbiyyah.
*Penemuan penyakit baru dan puncanya. Contoh: pengaruh kuman dalam penyakit , virus TB, penyakit Rubella, Allergy, Smallpox, penyakit jiwa dan sebagainya.
*Dalam bidang farmasi seperti menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk penyakit kronik dan ubat bius.
*Membangunkan teknologi perubatan seperti mencipta benang untuk jahit luka pembedahan, picagari dan sebagainya.
                KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
*Menggilap kembali bidang perubatan yang malap ketika itu.
*Memperkenalkan method pemerhatian dan analisis.
*Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.
*Menggunakan peralatan canggih contohnya organ dalaman dengan menggunakan x-ray dan ultrasound.
                                                        SUMBANGAN
*Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti Falsafah, Mantik(ilmu logic), Matematik, Astronomi, Kimia, Biologi, Fizik dan Sains Politik.
*Buku-buku telah dihimpunkan oleh Domanican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Ia diterjemahkan dalam bahasa Arab oleh Liga Arab pada tahun 1950 Masihi dan bertajuk “Muallafatul Ibnu Sina”.
*Sebuah institusi pendidikan di Hungary dinamakan Avicenna College.





IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN ULUNG
~Nama sebenar ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhamad.
~Lahir di Tunisia pada tahun 732 Hijrah/1332 Masihi(menetap di Sepanyol).
~Berketurunan Arab Yaman.
~Tunisia diserang wabak Taun lalu Ibnu Khaldun berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir.
~Bapanya seorang sarjana.
~Jawatan: Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishak bin Ali Yahya, Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Annan, Anggota Majlis Ilmiah di Fas, Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Hasan di Fez, Maghribi, Duta Granada, Hajib(Perdana Menteri)Bougie, Qadi al-Qudha’/Ketua Hakim Negara Mesir.
~Usia : 87 tahun.
~Meninggal dunia: Kaherah, Mesir 808 Hijrah/1406 Masihi.

KEPERIBADIAN IBNU KHALDUN
1)      TEKUN MENCARI ILMU
~Tekun dalam mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sejak kecil.
~Apabila sudah dewasa beliau bijak membahagikan masa antara masyarakat dan  menuntut ilmu.
2)      BERJIWA PEMIMPIN
~Pernah menjadi pegawai tertinggi istana dan Ketua Hakim Negara.
~Beliau mendapat jawatan ini berdasarkan kecekapan beliau dalam pentadbiran serta keupayaan mengemukakan idea untuk kemajuan Negara.
3)      KREATIF
~Pemikiran Ibnu Khaldun dalam karyanya Muqaddimah Ibnu Khaldun lahir hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah dalam bidang ilmu tersediri.
~Buku ini dijadikan bahan kajian oleh sarjana-sarjana timur dan barat sehingga kini.

PENDIDIKAN IBNU KHALDUN
~Beliau mempelajari asas agama dan Bahasa Arab daripada bapanya Abdul Rahman bin Muhammad .
~Mempelajari ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti Mantik, Falsafah Sains dan Matematik daripada gurunya Muhammad bin Ibrahim Al-Aabili.
~Semasa di Fez beliau mendapat pendidikan tinggi daripada guru-guru terkenal seperti Ahmad bin Al-Qassar, Lisanuddin bin Al-Khatiib(pengarang kitab Granada), dan Muhammad bin Abdul Salam.

IBNU KHALDUN SEBAGAI TOKOH PELBAGAI BIDANG
~Menganalisis tamadun dari segi permulaan dalam faktor kegemilangan serta kejatuhannya. Memberi tafsiran dalam bidang psikologi, ekonomi, sosial, alam sekitar, dan geografi.
~Kitab Al-Muqaddimah menarik minat pengkaji dan pemikir untuk menobatkannya sebagai tokoh sarjana dan sejarawan.
~Banyak menabur jasa untuk Negara dengan menyandang pelbagai jawatan penting.
~Penggiat budaya dan kesusteraan Arab
-Pengajian kesusasteraan dengan Syeikh Muhammad bin Bahar bin Tunisia dimanfaatkan dan membolehkannya menghasilkan banyak syair.

SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMIKIRAN ISLAM
~Menganalisis aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan dalam karyanya.
~Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi keunggulan aspek rohani dan jasmani.
~Pelopor kepada pemikiran dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi, dan pendidikan. Para sarjana menjadikan karyanya sebagai bahan rujukan dan disanjung dunia dan masyarakat.
~Pemikiran beliau selalu dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, dan persidangan ilmiah, judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
~Di Amerika Syarikat sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan “Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies”
~Indonesia-Universiti Ibnu Khaldun.

KARYA AGUNG IBNU KHALDUN
~MENGGARISKAN EMPAT PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SEJARAWAN DALAM PENELITIAN DAN ANALISIS LAPORAN SEJARAH:
-Membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan kaedah musabbab.
-Mengkaji peristiwa dan jadikan iktibar peristiwa yang sedang berlaku.
-Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
-Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

KARYA TERMASYUR
~Muqaddimah Ibnu Khaldun
~At Takrif bi Ibni Khaldun
lue
GELARAN KESARJANAAN
~As Sadrul Kabir ,Al Faqihul Kabir, Al Allamah, Imamul a Immah, Jamalul Islam Wal Islam Wal Muslimin.







SAYYID JAMALUDDIN Al-AFGHANI PEJUANG ISLAM YANG GIGIH
*Sayyid Jamaluddin bin Safdar al-Afghani
*Lahir pada 1254H/1838M di perkampungan As-Ad, Aabad, Kabul
*Sayyid kerana salasilah keturunan beliau bersambung dengan Ali Karamullahu Wajhahu dan Rasulullah S.A.W, dan Imam Tarmizi(Ulama’ terkenal)
*Merantau ke Mekah, India, Istanbul, Mesir, Iran, Rusia, Baghdad, Paris dan London untuk menyebarkan idea Islah.
*Pernah dilantik menjadi Anggota Majlis Ma’arif(Kementerian pendidikan)di Istanbul, Turki.
*Meninggal dunia pada 5 Syawal, 1314H/9 Mac 1897 ketika berumur 60 tahun.
*Idea Islah diteruskan oleh muridnya Sheikg Muhammad Abduh.

KEPERIBADIAN SAYYID JAMALUDDIN
1)      Berani memperjuangkan kebenaran
*Petah berpidato untuk menaikkan semangat umat Islam supaya bersatu menentang penjajah sehingga diusir dari India, Turki dan Mesir.

2)      Suka merantau
*Suka mengembara untuk mengkaji kedudukan umat Islam serta menyebarkan idea Islah yang banyak mempengaruhi perkembangan Islam khususnya di Timur.

3)      Tekun
*Menguasai pelbagai ilmu dan bahasa.

PENDIDIKAN SAYYID JAMALUDDIN
*18 tahun beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan seperti Al-Quran, Hadis, Feqah, Ilmu Kalam, Tasawwur, Nahu, Saraf, Balaghah, Mantik, Falsafah, Matematik, Astronomi, Perubatan dan Anatomi.
*Bermusafir ke India untuk mendalami Matematik Moden.
*Menguasai pelbagai bahasa dunia seperti bahasa Afghanistan(fishto), Parsi, Arab, Turki, Urdu, Perancis, Inggeris, dan Russia.

SUMBANGAN DALAM BIDANG PEMIKIRAN DAN GERAKAN ISLAM
*Penggerak perjuangan menentang penjajah.
*Merantau ke beberapa Negara untuk menyatukan umat Islam serta mengembalikan keyakinan mereka menentang penjajah.
*Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam.
Contoh: Cuba mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap keupayaan mereka menentang penjajah dengan pidatonya.
*Menghasilkan beberapa karya yang berbentuk ilmiah seperti: al-A'mal al-Kamilah, ar-Raddu 'ala ad-Dahriyyin, Tutimmah al-Bayaan fi Tarikh Afghanal, -Khatiratat-Tukayyufat 'ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-'Adhuidiyah
            *Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti al-'Urwah al-Wuthqa, Misr, at-
              Tijarah dan al-Khafiqin.

IDEA ISLAH SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI
*ISLAH bermaksud pembaikan atau perubahan kearah yang lebih baik.
Bentuk Islah yang dibawa
*Usaha mengembalikan kecemerlangan umat Islam sebagaimana zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin.
*Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasannya.
*Berdasarkan landasan Al-Quran dan Hadis , beliau mengkritik taklid A’ma(mengikut secara membuta tuli) menyeru umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam yang tulen serta sesuai dilaksanakan sepanjang masa dan semua tempat.
*Cuba menyedarkan umat Islam tentang keburukan fanatic mazhab yang memecahkan kesatuan umat Islam. Sebaliknya umat Islam mestilah menumpukan perhatian kepada usaha-usaha memerdekakan tanah air dan pemikiran mereka daripada penjajah.
KESAN ISLAH YANG DIBAWA.
*Idea ini disambungkan oleh Muhammad Abduh dan Rashid Redha. Gerakan Islah Barat lebih besar berbanding Gerakan Islah di India yang dipelopori oleh Shah Waliyullah al-Dahlawi(meninggal pada 1176 Hijrah)
*Malaysia: Gerakan Islah digerakkan oleh siswazah-siswazah dari Universiti Pengajian Tinggi di Mesir dan Mekah iaitu Syeikh Tahir Jalaluddin, Sayyid Sheikh Al-Hadi dan Syeikh Abu Bakar Al-Ashaari.
*Meningkatkan daya fikiran umat Islam. Mereka mengkaji semula pemahaman dan amalan masyarakat serta membetulkan menurut tafsir Al-Quran dan As-Sunnah.
*Mengembalikan keyakinan umat Islam tentang kemuliaan dan kekuatan yang ada dalam diri mereka. Hasilnya, timbul kesedaran dari kalangan umat Islam untuk berjuang membebaskan tanah air dari penjajahan Barat.
KEPERLUAN INDIVIDU TERHADAP ISLAH
*Untuk menbangunkan diri dan melaksanakan Islam menurut ajaran yang murni.
*Memberi keyakinan kepada umat Islam tentang kesesuaian Islam dilaksanakan pada setiap masa dalam sebarang situasi.
*Sebagai pelajar kita mestilah mempunyai sikap positif.
GERAKAN ISLAH
*Mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
*Mengajak umat Islam bangkit menentang penjajah.
*Mengajak umat Islam supaya maju dalam semua bidang kehidupan.




SHEIKH MUHAMMAD ABDUH TOKOH ISLAH AGUNG
#Muhammad bin Abduh bin Hassan Khairullah.
#Lahir dalam keluarga petani di Thanta, Mesir pada 1265H/1849M
#Pada tahun 1882 beliau telah dibuang negeri kerana dituduh terlibat dengan pemberontakan Urabi. Semasa menjalani hukuman tersebut beliau pergi ke Perancis. Disana, beliau menerbitkan majalah Al-Urwatul bersama gurunya , Sayyid Jamaluddin Al-Afghani.
#Pernah menjadi guru di Masjid Al-Husaini dan Darul ulum Mesir, guru di sekolah Al-Sultaniah Beirut, Hakim di Mahkamah Rayuan Mesir, Anggota Majlis Pengurusan Universiti Al-Azhar dan Mufti Kerajaan Mesir.
#Meninggal dunia pada 1314H/1905M di Iskandariah, Mesir.

KEPERIBADIAN SHEIKH MUHAMMAD ABDUH
1)      Berani
#Berani menyatakan idea-idea Islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan pancaroba yang besar.

2)      Tegas dan penyayang
#Tegas tapi penyayang terhadap murid-muridnya.
#Menubuhkan Jam’iyyah Khairiyyah untuk menbantu murid-muridnya yang menghadapi masalah kewangan.

3)      Berketerampilan
#Tokoh ulama’ yang berketerampilan.
#Diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting dalam Negara seperti Hakim Mahkamah Rayuan, Ahli Majlis Pengurusan Universiti Al-Azhar dan Mufti Kerajaan Mesir.

PENDIDIKAN SYEIKH MUHAMMAD ABDUH
#Belajar membaca dan menulis daripada bapanya sendiri.
#Mempelajari Al-Quran serta menghafaznya dalam masa 2 tahun.
#Mempelajari bahasa Arab di Masjid al-Almahdi.
#Mempelajari Tasawwuf dan Tatabahasa Arab dari Sheikh Darwish Khudri dan Sheikh Darwish.
#Mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu Hisab dan Falsafah dengan Sheikh Hasan Thowail.
#1896 beliau berkesempatan mendampingi dan mendalami bidangh akademik dan pemikiran Islam dengan Sayyid Jamaluddin Al- Afghani yang mengunjungi Mesir.
#1877 beliau memperoleh ijazah dari Universiti Al-Azhar.

ALIRAN SHEIKH MUHAMMAD ABDUH SERTA PERJUANGANNYA
#Banyak mengambil inspirasi daripada gerakan Islah yang dibawa oleh gurunya Sayyid Jamaluddin Al-Afghani. Bersikap terbuka berbanding sebelumnya.
#Banyak memberi saranan kearah pembangunan rohani dan jasmani.
SARANAN BELIAU
1)      Akidah
#Menyeru umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dalam bentuknya yang asli dan murni serta menyesuaikannya dengan kehendak zaman asalkan tidka bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.

2)      Integrasi ilmu
#Mencadangkan ilmu fardhu kifayah seperti Matematik, Falsafah, Geografi, dan Sains dimasukkan kedalam kurikulum sekolah dan universiti. Saranan beliau diterima oleh Kerajaan Mesir. Sukatan pengajian Universiti Al-Azhar diubah selaras dengan saranan beliau dan dijadikan model kepada pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh dunia.

3)      KECEKAPAN PENTADBIRAN
#Semasa menjadi hakim beliau mendapat system pentadbiran kehakiman yang tidak sistematik dan perlu pengislahan.

FAKTOR MELAKUKAN PENGISLAHAN DALAM SISTEM PENTADBIRAN
#Inspirasi Gerakan Islah Sayyid Jamaluddin Al-Afgahani yang menjurus kearah integrasi ilmu.
#Kesedaran keperluan Islah dalam kokurikulum sudah ketinggalan zaman.
#Sistem pentadbiran lebih menjurus kearah taklid dan jumud(pasif).
#Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari kerajaan yang menyebabkan golongan miskin terpinggir.

METHODI ISLAH SHEIKH MUHAMMAD ABDUH
#Proses pengajaran di Masjid Al-Husin, Darul Ulum dan Universiti Al-Azhar.
#Media massa seperti Majalah Al-Urwatul Wusqo .
#Karya-karya seperti Risalah At-Tauhid, Tafsir Juz Amma, Tafsir Suratul Asr, Risalah Al-Rad Ala Al-Dahriyyin.

SUMBANGAN
#Idea-idea yang dibawa telah mengubah pandangan umat Islam terhadap Islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif.
#Melalui artikal,wacana,dan kuliah yang disampaikan memberi gambaran Islam yang jelas.
#Mewujudkan mata pelajaran Matematik,Geometri,Algebra,Geografi,Sejarah, dan Khat.
#Mewujudkan piawai dalam penganugerahan sijil.
#Mewujudkan farmasi untuk pelajar Universiti Al-Azhar.
#Menyediakan peruntukan gaji untuk guru dari Perbendaharaan Negara dan Wakaf Negara.
#Memperbaiki asrama pelajar dan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan.



SHEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAH AIR
=Muhammad Tahir bin Ahmad Jalaluddin.
=Lahir di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia pada 7 November 1869.
=Berketurunan Minangkabau.
=Setelah kembali dari Makkah pada 1900 beliau tinggal di Perak.
=Menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah haji Taib Parit Jamil, Johor dan di Masjidil Haram.
=Menjadi Mufti Negeri Perak dan Johor serta Nazir sekolah-sekolah Agama Johor.
=Digelar Sheikh ketika menjadi Mufti Perak.
=Meninggal dunia pada 26 Oktober 1956 di Perak.

KEPERIBADIAN SHEIKH TAHIR JALALUDDIN
1)      Menepati masa
=Tidak pernah terlewat menghadirkan diri ke kelasnya melainkan kerana keuzuran.
=Murid-muridnya memahami sikapnya dan mereka berjaya mendisiplinkan diri masing-masing.

2)      CINTA KEPADA ILMU
=Suka membaca. Menyediakan perpustakaan kecil dirumahnya.

3)      TEKUN DAN GIGIH
=Gigih menyebarkan idea Islah dikalangan masyarakat.
=Penentangan daripada kalangan ulama’-ulama’ tradisional di tanah air tidak dapat melunturkan perjuangannya yang murni.

PENDIDIKAN SHEIKH  TAHIR JALALUDDIN
=Semasa berumur 12tahun beliau berlayar ke Makkah. Tinggal bersama Sheikh Ahmad Al-Khatib dan mempelajari ilmu agama.
=Pada 1893 beliau menyambung pelajarannya dalam urusan ilmu Falak di Universiti Al-Azhar, Mesir.
=Kembali ke Makkah Al-Mukarramah dan diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil Haram.

JAWATAN YANG DISANDANG
=Guru di Masjidil Haram selama 2 tahun.
=Mudir(Guru besar) di Madrasah haji Taib Parit Jamil, Muar, Johor.
=Pendidikan dan Pengetua di Madrasah Al-Masyhur , Pulau Pinang.
=Hakim Besar Mahkamah Syariah di Taiping.
=Mufti Negeri Perak dan Johor dan Sekolah Agama Johor.

MESEJ ISLAH SHEIKH TAHIR JALALUDDIN
=Mengajak umat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang bertersakn Al-Quran dan Al-Sunnah yang bebas dari adat lama.
=Menjauhkan pengaruh negatif dari luar khususnya Barat.
=Berusaha mempelajari pelbagai ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
=Menolak amalan taklid buta.

CARA MENYAMPAIKAN IDEA ISLAH
=Melalui penerbitan majalah Al-Imam bersama Syeikh Al-Hadi pada bulan Jamadilakhir 1324 Hijrah/Julai 1906 Masihi di Singapura.
=Melalui jawatan Mufti di Perak dan Johor yang disandangnya.
=Melalui proses pengajaran sebagai seorang guru di Madrasah Pulau Pinang dan Madrasah Haji Taib di Johor.
=Muncul majalah lain seperti al-Munir di Indonesia pada tahun 1980 Masihi, Neraca di Singapura pada tahun 1911 Masihi dan Pengasuh di Malaysia pada tahun1918 Masihi.

RINTANGAN YANG DIHADAPI
=Mendapat penentangan hebat daripada kalangan ulama’ tradisional terutama di Malaysia.
=Mendapat kekangan daripada pihak penjajah Belanda yang berasa kedudukan semakin terancam akibat kebangkitan orang Melayu.
=Akibatnya pada tahun1927M beliau dipenjara oleh pihak Belanda selama 6bulan kerana dituduh menentang Belanda.

SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
1)      BIDANG PEMIKIRAN
=Berusaha menyalurkan idea Islah serta maklumat intelektual Islam memlau majalah Al-Imam sehingga mencetus semangat kemerdekaan.
=Berusaha membebaskan umat Melayu dari sebarang unsure penjajah fizikal dan pemikiran.
=Pelopor gerakan Islam yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dan berusaha membebaskna pemikiran sempit umat Islam.
2)      Bidang pendidikan
=Menubuhkan ‘Madrasah Al-Iqbal Islamiah’ di Singapura bersama rakannya Raja Ali bin Ahamad bagi memperkembangkan pendidikan Islam.

3)      Bidang ilmu Falak
=Pengembang ilmu Falak di Malaysia. Kemahirannya dalam ilmu Falak menyebabkan beliau digelar al-Falaki.

4)      Bidang Sastera
=Merupakan penggiat sastera.
=Terserlah melalui penulisan seperti dalam majalah Al-Imam dan sebagainya.







HAMKA PERMATA NUSANTARA
+Haji Abdul Malik bin Sheikh Abdul Karim bin Sheikh Mohammad Amrullah.
+Lahir pada 13 Muharram 1362 Hijrah/16 Februari 1908 Masihi di Desa Tanah Sirat Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.
+Bapa beliau Sheikh Abdul Karim seorang ulama’ terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau.
+Meninggal dunia pada 24 Julai 1981M ketika berusia 73tahun di Malaysia.

PERNAH MENJADI
+Guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan.
+Guru agama di Padang Panjang.
+Pensyarah di Universiti Islam Jakarta.
+Penyarah di Universiti Mohamadiah Padang Panjang.
+Rektor Perguruan Tinggi Jakarta.
+Pegawai Tinggi Agama Indonesia.
+Ketua Umum Majlis Ulama’ Indonesia.

ANUGERAH
+Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Azhar Mesir(1959)
+Anugerah Guru Besar(professor) oleh Universiti Moestopo, Jakarta(1960)
+Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia(1974)

KEPERIBADIAN HAMKA
1)      Petah berpidato
+Pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan Arab Saudi.
2)      Berjiwa seni
+Melalui gaya bahasa karya-karya agungnya yang indah dan menusuk kalbu sehingga ke hari ini.
3)      Berani
+Semasa berlaku revolusi terhadap penjajahan Belanda di Sumatera , Hamka dengan berani mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam untuk menentang pihak Belanda.

PENDIDIKAN HAMKA
+Mempelajari Al-Quran dan asas agama daripada bapanya sendiri.
+Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan di Sekolah Agama Al-Tawalib yang didirikan oleh bapanya.
+Mengikuti pengajian di Masjid dan surau yang disampaikan oleh ulama’-ulama’ terkenal seperti Sheikh Ibrahim Musa, Sheikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, dan Kiyai Bagus Hadikosomo iaitu ulama’ Indonesia yang terkenal.
+Suka menghabiskan masa lapang ke perpustakaan membaca buku falsafah, kesusteraan , sejarah dan politik.
+Memanfaatkan bahasa Arab untuk menyelidik karya sarjana Timut Tengah seperti Jurji Zaidan, Abbas Mahmud Al-Aqqob dan Mustafa al-Manfaluti .


KEGIGIHAN HAMKA MENYEBARKAN DAKWAH DI NUSANTARA
+Sejak 17tahun melibatkan diri dalam kegiatan dakwah menerbitkan majlah “Hatibul Ummah”.
+Mengasaskan Persatuan hindia Timur untuk mengajar haji kepada jemaah Indonesia pada tahun 1927.
+Mengasaskan kuliah “al-Mubaligh” pada tahun 1935M.
+Menerbitkan majalah “Pedoman Masyarakat” pada tahun 1936M.
+Mengasaskan beberapa majalah seperti Menara, Merdeka, Perudangan Panji Masyarakat dan Gema Islam.
+Tahun 1953 dilantik sebgai anggota pimpinan pusat Muhammadiyah.
.
INFO ISLAM
+Malaysia, Mesir, Syia, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Lubnan, Algeria, Andalus, India, Thailand, dan Pakistan.

SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDNAG ILMU DAN PEMIKIRAN
+Telah membawa pembaharuan yang besar kepasa umat Islam khususnya di Nusantara.
+Tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang Falsafah dan tasawuf.
+Penerus idea Islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin dan Muhammad Abduh .
+Hasil karya beliau dalam bidang agama, kesusteraan dan falsafah menyentuh secara langsung.
+Banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia.
+Karya Tafsir al-Azhar meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ilmu dan pengetahuan .
+Menyampaikan ilmu dan berdakwah menarik pihak tempatan dan antarabangsa unutk menganugerahkannya dengan pelbagai anugerah.

HASIL KARYA
1)      Bidang Agama
+Tafsir Al-Azhar, Tasawuf Moden, Pedoman Mubaligh Islam, Rukun-rukun Islam, Sejarah umat Islam, dan Revolusi Islam.
2)      Bidang Falsafah
+Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Falsafah Ideologi Islam, Ekspensi Ideologi, dan Pandangan Hidup Muslim.
3)      Bidang Sastera
+Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Dibawah Lindungan Kaabah, Laila Majnun, Mandi Cahaya di Tanah suci, Menunggu Beduk Berbunyi.

PERJUANGAN HAMKA
+Pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.
+Semasa menjadi Anggota Pimpinan Pusat Persatuan Muhammadiyah, beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat, bidaah, dan Tarikat kebatinan. Mendirikan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiyah.
+Menyampaikan ajaran Islam yang sebenar tanpa rasa takut dan gentar melalui pidato dan penulisan.
+Lantang mengkritik kepincangan pentadbiran kerajaan Indonesia dan menyebabkan beliau dipecat daripada Jawatan Ketua Umum Majlis Ulama’ Indonesia.
+Perjuangan sering dirintangi dengan onak dan duri. Pernah meringkuk dalam penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia.

MUTIARA KATA
“Takut gagal adalah gagal yang sejati”